Grafik komputer 3D ialah salah satu bidang kajian dalam bidang 
grafik komputer yang memanipulasikan model-model berangka untuk objek tiga dimensi melalui 
komputer. Grafik sebegini paling biasa digunakan bersama-sama dengan 
animasi komputer untuk menjanakan imej pandangan bagi penerbitan 
filem dan 
televisyen, 
permainan komputer dan 
video, ilustrasi komersil, 
kejuteraan, dan penggambaran saintifik. Istilah "grafik komputer 3D" boleh juga digunakan untuk merujuk kepada imej-imej yang dihasilkan melalui model-model tersebut.
Grafik komputer boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu 
grafik komputer masa-nyata dan 
grafik komputer bukan masa-nyata. Grafik komputer masa-nyata membenarkan pengguna berinteraksi dengannya. Contohnya ialah seperti permainan komputer, simulasi penerbangan dan 
sistem telusur maya. Manakala grafik bukan masa-nyata hanya membenarkan pengguna melihat sahaja. Contoh grafik bukan masa-nyata ialah 
filem animasi dan persembahan multimedia.
sumber : Wikipedia Bahasa Melayu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar